GERBANG ILMU
WEB INI GERBANG ILMU

PSS SEKOLAH KEBANGSAAN JAWI

image
image
image


Program Senamrobikthon Sekolah Kebangsaan Jawi akan diadakan pada ketetapan berikut:-

Tarikh: 14 Mei 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00 Pagi
Tempat: Dataran SK Jawi

Tujuan Program

1. Mengisi Tabung PIBG
2. Meningkatkan Program keceriaan sekolah (3K)
3. Kearah kebajikan murid-murid.

Hadiah-hadiah disediakan untuk:

1. Kutipan Tertinggi
2. Kutipan kelas tertinggi
3. Kutipan melebihi RM 25.00 - Layak Cabutan Bertuah
4. Kutipan Melebihi RM50.00 - Layak Hadiah Misteri

Ayuh, mulakan kutipan dari sekarang.

Senarai Tugas Badan Pengawas

 Membantu menguruskan fail tegak,buku skrap , gambar, keratan akhbar .

 Menyimpan dan menyusun bahan yang telah digunakan oleh pengguna ke tempat asal.

 Membantu guru PSS di dalam mengendalikan pondok lmu dan sudut aktiviti.

 Mengurus pinjaman dan pulangan bahan di kaunter edaran.

 Membantu melakukan kerja memproses bahan seperti melabel, cop hak milik dan sebagainya.

 Membantu guru PSS menghasilkan bahan pembelajaran.

 Mengemas dan membersihkan bilik PSS.

 Mengambil bahagian dalam rancangan radio sekolah.

 Membantu membaikpulih bahan yang rosak.

 Merekodkan analisis penggunaan

 Membantu automasi bahan bacaan dan bahan bukan bacaan

 Mengendalikan temuduga untuk pengawas baru

 Menguruskan disiplin dan pemasalahan tugasan pengawas

 Menceriakan bilik PSS

 Berinteraksi dengan Pengawas PSS sekolah lain

 Menyediakan bahan SAL

 Mengadakan mesyuarat AJK Badan PSS

 Memproseskan fail, minit mesyuarat dan laporan aktiviti

 Membantu melakukan tugas-tugas perkeranian sekiranya PSS tidak mempunyai Pembantu Am

 Seranta dan mewujudkan perhubungan yang baik dengan para pengguna.

 Membantu GPM mengendalikan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PSS

 Menjalankan tugas lain sebagaimana yang diarahkan oleh guru besar dan guru PSS

PUSAT SUMBER SK JAWI

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

 Perkhidmatan Kaunter Sirkulasi
 Pinjaman buku dan bahan P & P/CD/VCD
 Bilik Tayangan
 Sudut perbincangan/.mesyuarat
 Bilik SAL / Sudut PAK
 Ruang Aktiviti/membaca
 Rakaman Audio Video
 Perkhidmatan Akses Maklumat
 Perkhidmatan Photostat – bayaran 10 sen setiap keping
 Khidmat Nasihat / Rujukan
 Perkhidmatan internet/wifi percuma
 Perkhidmatan Laminat – bayaran dikenakan.
 Pinjaman alat bahan Pusat Sumber
 Perkhidmatan cetakan – bayaran 10 sen setiap keping

 

:: PENCAPAIAN ::

PSS Sekolah Kebangsaan Jawi telah dianugerahkan tempat ketiga bagi Anugerah PSS Cemerlang Negeri Pulau Pinang tahun 2009.


PSS Sekolah Kebangsaan Jawi telah dianugerahkan JOHAN bagi Anugerah PSS Cemerlang Negeri Pulau Pinang tahun 2010


En. Che Salim b. Othman telah dianugerahkan Pengurusan GPM Terbaik Negeri Pulau Pinang tahun 2010


JOHAN Pertandingan Laman Web Sekolah Pulau Pinang 2010